- Home
- MediaOutReach
- Bila Pantas Jadi Terpantas: STING Energy Boost™ Raikan Kimi Antonelli sebagai Juara Dunia Formula 1® dan Semangat Peminat di Sebalik Kemenangannya
Bila Pantas Jadi Terpantas: STING Energy Boost™ Raikan Kimi Antonelli sebagai Juara Dunia Formula 1® dan Semangat Peminat di Sebalik Kemenangannya
Kamis, 05 November 2026 | 10:36
Link berita berhasil disalin!
- - Kimi Antonelli mencipta sejarah sebagai Juara Dunia Formula 1® termuda pada usia hanya 20 tahun.
- - STING Energy Boost™ meraikan semangat para peminat yang terus menyokong Kimi pada setiap pusingan sepanjang perjalanannya meraih gelaran juara.
- - Seniman dari India, Mexico dan Vietnam menterjemahkan semangat peminat itu melalui karya potret juara
baharu ini.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA / SINGAPURA -
Media OutReach Newswire - 5 November 2026 - Kimi Antonelli kini bergelar Juara Dunia Formula 1
®. Ketika Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team meraikan kejayaannya, STING Energy Boost™ turut meraikan semangat di sebalik kemenangan itu: para peminat yang setia menyokong Kimi sepanjang perjuangannya.
Bakat dan keazaman membawa Kimi meraih gelaran juara. Namun, dari litar karting hingga ke puncak Formula 1
®, semangat peminat sentiasa mengiringinya. Pada setiap pusingan, saat berdepan cabaran dan detik mencipta kejayaan, sokongan itu sudah lama membara sebelum trofi menjadi miliknya.
Semangat Peminat, Nadi Kemenangan
Bagi meraikan kejayaan ini, STING Energy Boost™ menghidupkan semangat peminat melalui seni. Seniman dari India, Mexico dan Vietnam menghasilkan potret Kimi dengan gaya tersendiri, masing-masing membawa sentuhan budaya mereka untuk menggambarkan semangat di sebalik kejayaan sang juara.
Karya-karya ini, bersama sebuah karya penghormatan khas buat Kimi sempena kemenangannya, kini boleh dilihat di saluran digital STING Energy Boost™.
Lihat karya seni tersebut di sini.
"Gelaran juara Kimi ini turut menjadi kebanggaan peminat yang menyokongnya dalam setiap perlumbaan dan pada setiap pusingan. Selepas aktivasi Formula 1
® kami di Malaysia dan Singapura baru-baru ini, kami mahu terus menyemarakkan keterujaan itu bersama STING Energy Boost™. Melalui sentuhan para seniman, semangat dan sokongan peminat diterjemahkan menjadi karya seni," kata
Aditya Sheoran, Pengurus Besar Malaysia, Filipina, Singapura (MYPHSG), PepsiCo. "Kami mahu mendekatkan kerjasama global ini dengan peminat di sini, sambil meraikan semangat yang mereka bawa ke dunia sukan ini. GET. SET. STINGGG."
"Gelaran juara kini milik Kimi. Satu pencapaian yang luar biasa. Sepanjang setiap perlumbaan dan setiap pusingan, peminatnya tidak pernah putus harapan. Semangat mereka terus membara, mengiringinya hingga bergelar juara dunia. Kini, kami menghidupkan semangat itu melalui karya seniman yang menggambarkan betapa kuatnya sokongan mereka. Bila Pantas Jadi Terpantas. SEDIA. MULA. STINGGG."
- STING® Global, akaun media sosial rasmi
Tonton video rasmi STING sempena kemenangan Kimi di sini.
Penuh kasih, daripada kami semua. #AllOfUs
Pautan imej di sini
📢 Publisir Berita & Kegiatan Instansi Anda di RiauGreen
Jangkau pembaca luas & terindeks Google News. Pilih paket rilis pers, advertorial, atau kemitraan media.
BERITA LAINNYA
BERIKAN KOMENTAR